Tag Archives: tanaman SERAI MAKAN morfologi

SERAI MAKAN – Cymbopogen citratus (DC.) Stapf.

SERAI MAKAN – Cymbopogen citratus   (DC.) Stapf.

Nama Botani : Cymbopogen citratus (DC.) Stapf.

Nama lain : Sereh makan (Indonesia), Takrai (Thailand)Lemongrass (Inggeris)

Famili : Graminae

Pengenalan : Tanaman serai makan (Cymbopogen citratus) dilaporkan berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan Tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China.  Di Malaysia khususnya, serai makan banyak di tanam sebagai tanaman dapur. Batangnya dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan. Serai makan ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat.  Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom.  Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus, melampai, panjangnya 60−100 cm dan lebar 1.0−1.5 cm.  Ia berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari.  Serai makan jarang didapati berbunga di Malaysia.

Khasiat dan Kegunaan : Di Malaysia, serai makan terutama batangnya digunakan sebagai bahan perisa dalam masakan tradisional seperti masakan rendang, tomyam, kerabu, masak lemak cili padi dan asam pedas. Aroma dan rasanya yang unik dapat menambahkan keenakan masakan dan meningkatkan selera.
Di sesetengah negara, serai makan diusahakan khas untuk pengeluaran minyak pati.  Minyak pati serai makan berwarna kuning hingga coklat kemerahan dan berbau limau atau `lemon’.  Minyak ini terdiri daripada beberapa sebatian dan kandungan utamanya ialah sitral iaitu sejenis aldehide.  Peratusan sitral dalam minyak pati serai makan adalah antara 65% hingga 85%.  Sebatian-sebatian lain yang menpunyai lebih rendah peratusannya termasuklah linalol, geraniol, citronellal, citronellol, farnesol, farnesal, limonene dan nerol.
Minyak pati serai makan diguna sebagai pewangi sabun, bahan pencuci, syampu dan produk lain..  Walau bagaimanapun sebahagian besar daripadanya digunakan untuk mendapatkan sitral (secara isolasi fizikal) dan ionones (secara tindak balas kimia terhadap sitral).

SERAI MAKAN Cina, SERAI MAKAN kategori, sumber SERAI MAKAN, SERAI MAKAN tanaman, tanaman SERAI MAKAN morfologi, SERAI MAKAN Cina mengumpulkan dan memproses, SERAI MAKAN cina ciri-ciri, komposisi kimia SERAI MAKAN cina, SERAI MAKAN selera seksual, fungsi SERAI MAKAN cina, Indikasi SERAI MAKAN, SERAI MAKAN rincian, SERAI MAKAN informasi, SERAI MAKAN foto, cina SERAI MAKAN gambar, video SERAI MAKAN Cina, SERAI MAKAN studio,  Cina SERAI MAKAN, SERAI MAKAN buah, buah-buahan, rumput dan buah-buahan, tanam-tanaman