Tag Archives: tanaman KUNYIT morfologi

KUNYIT – Curcuma domestica (Val.)/Syn: Curcuma longa

KUNYIT – Curcuma domestica (Val.)/Syn: Curcuma longa

Nama Botani : Curcuma domestica (Val.)/Syn: Curcuma longa

Nama Lain : Kha min (Thailand), Manjal (India), Haldi (Hindi), Kurkum (Arab), Turmeric ( tumeric), Indian saffron, yellow ginger (Inggeris)

Famili : Zingiberaceae

Pengenalan : Kunyit merupakan tanaman rempah yang berasal dari India. Tanaman ini kemudian diperkenalkan ke negara Asia lain seperti negara-negara Tenggara dan Selatan Asia. Kunyit hidup subur di kawasan lapang dan terdedah sepenuhnya kepada cahaya matahari. Ketinggian tumbuhan ini melebihi satu meter. Rizom kunyit berwarna kuning, sedikit bersisik, berbentuk memanjang dan berjejari. Daunnya licin, berwarna hijau, berbentuk bujur dan meruncing di hujung serta mempunyai  tangkai yang panjang. Pokok ini mengeluarkan bunga yang berwarna kuning di celah-celah daun muda.

Khasiat dan Kegunaan : Daun kunyit biasanya digunakan untuk memberi aroma dan warna kuning kepada masakan seperti rendang, gulai dan sebagai pembalut ikan atau daging yang di bakar. Dalam perubatan, ia digunakan sebagai antioksidan, antibakteria, antiradang dan antikanser. Kunyit juga berupaya menyembuhkan luka di dalam badan, mengecutkan peranakan bagi wanita yang baru bersalin, membersihkan dan menghalang pembekuan darah, melancarkan peredaran darah, membantu proses pencernaan serta menghilangkan selesema. Ia juga dikatakan dapat menyembuhkan luka, seliuh anggota dan kudis.

KUNYIT Cina, KUNYIT kategori, sumber KUNYIT, KUNYIT tanaman, tanaman KUNYIT morfologi, KUNYIT Cina mengumpulkan dan memproses, KUNYIT cina ciri-ciri, komposisi kimia KUNYIT cina, KUNYIT selera seksual, fungsi KUNYIT cina, Indikasi KUNYIT, KUNYIT rincian, KUNYIT informasi, KUNYIT foto, cina KUNYIT gambar, video KUNYIT Cina, KUNYIT studio,  Cina KUNYIT, KUNYIT buah, buah-buahan, rumput dan buah-buahan, tanam-tanaman