Home » Herba Daun » PANDAN – Pandanus odorus

PANDAN – Pandanus odorus

PANDAN – Pandanus odorus

Nama Botani : Pandanus odorus

Nama lain : Fragrant screwpine (Inggeris)

Famili : Pandanaceae

Pengenalan : Pandan wangi yang juga dikenali  sebagai pandan bau atau pandan rampai adalah dari jenis tanaman bersifat saka.  Tumbuhan dari keluarga Pandanaceae ini adalah  sekeluarga dengan pokok mengkuang. Pokok pandan wangi adalah tanaman yang mudah tumbuh dan dipelihara. Tanaman yang dipercayai berasal dari Bangka, Indonesia ini telah tersebar luas di kawasan tropika Asia Tenggara. Walaupun sudah berabad-abad lamanya tanaman ini berada di negara kita, kebanyakan tanamannya masih terdapat di kebun dapur. Kawasan tanaman secara komersial pula amat terhad.Pandan wangi tumbuh berumpun dan mempunyai daun yang panjang dan meruncing di hujung seperti pedang.  Tanaman ini tidak pernah dilaporkan berbunga. Terdapat dua jenis pandan wangi iaitu Pandan wangi besar dan Pandan wangi kecil. Kebanyakan tanaman pandan wangi di negara ini adalah dari jenis Pandan wangi kecil. Ketinggian pertumbuhannya lebih kurang 0.75–1.50 m. Ukuran panjang daun antara 55–75 cm dan lebar di bahagian tengah antara 4–5 cm. Manakala ketinggian Pandan wangi besar pula adalah 3.7–4.3 m, panjang daun lebih kurang 2.3 m dan lebar 9.0 cm.

Khasiat dan Kegunaan : Pandan wangi mempunyai berbagai-bagai kegunaan dalam penyediaan makanan tradisional terutama di kalangan masyarakat Melayu di negara ini. Ia di gunakan sebagai pewarna, pewangi serta perangsang selera. Kini ekstraknya telah digunakan oleh beberapa syarikat pengeluar roti, kek, biskut dan kuih-muih sebagai pewarna dan perisa asli pandan. Di samping itu, terdapat juga produk seperti minuman kacang soya dan santan kelapa yang berperisa pandan di pasaran. Pandan wangi juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan. Bagi kegunaan perubatan pula antaranya adalah untuk merawat penyakit demam campak dan juga dikatakan berkesan bagi mengubati penyakit gonorea, sifillis, denggi dan anaemia.

PANDAN Cina, PANDAN kategori, sumber PANDAN, PANDAN tanaman, tanaman PANDAN morfologi, PANDAN Cina mengumpulkan dan memproses, PANDAN cina ciri-ciri, komposisi kimia PANDAN cina, PANDAN selera seksual, fungsi PANDAN cina, Indikasi PANDAN, PANDAN rincian, PANDAN informasi, PANDAN foto, cina PANDAN gambar, video PANDAN Cina, PANDAN studio,  Cina PANDAN, PANDAN buah, buah-buahan, rumput dan buah-buahan, tanam-tanaman

Best Formula Industries ( Company No : 002150621-D ) English * 中文 * Bahasa * More-Shop * Facebook * Youtube

Lot : 146, Jalan Batu Estate, Off Jalan Segambut, 51200 Kuala Lumpur, Malaysia. Location Map

Tel : +603-6257 6048( Operation : 10am-7pm Mon-Sat ) Contact Us

Mobile : +6012-359 0344 ( Free SMS : Whatsapp , Free Call : Tango )

Email or YM: bestform18@yahoo.com * Google: bestform699@gmail.com * Skype: bf1vincent

* BF1 International

* BF1 Business

* BF1 Asia

* BF1 US

* BF1 Malaysia

hair-growth

face-lifting

face-whitening

body-slimming

black-hair

super-growth

body-whitening

anti-acne

anti-wrinkle

body-bath

Own by Best Formula · Powered by BF1