Home » Herba Tanaman » Nilam – Pogostemon Cablin

Nilam – Pogostemon Cablin

Nilam – Pogostemon Cablin

Nama Botani

Pogostemon cablin (Blanco)Benth

Nama lain

Patchouli (Inggeris)

Famili

Lamiaceae

Pengenalan

Tanaman nilam (Pogostemon cablin) dipercayai berasal dari Filipina dan banyak terdapat di hutan-hutan kepulauan Filipina.

Ia dibawa masuk dan ditanam di Semenanjung Malaysia pada awal tahun 1800.

Walau bagaimanapun pada awal 1900 dengan kemasukan tanaman getah yang lebih menguntungkan, tanaman nilam tidak lagi diminati oleh pekebun kecil di Malaysia.

Sekarang nilam diusahakan secara komersial di Indonesia (Acheh), China dan Brazil. Nilam merupakan tanaman herba renik, mempunyai banyak cabang dan tumbuh sehingga 1.0 m tinggi.

Daunnya berbentuk ovate, 8−10 cm panjang dan 5−8 cm lebar, tebal dan bergerigi. Ia berwarna hijau tua keungun-unguan dan mengeluarkan aroma yang unik bila diramas.

Batang dan cabangnya berwarna ungu, berbentuk empat segi dan diselaputi bulu yang halus. Nilam didapati tidak berbunga di Malaysia.

Khasiat dan Kegunaan

Dari segi perubatan tradisional, air rebusan daun nilam dilaporkan digunakan untuk mengubati sakit tekak, asma, batuk dan demam.

Daun nilam yang beraroma boleh menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai `patchouli oil’ di pasaran antarabangsa.

Antara bahan kimia yang terdapat dalam ‘patchouli oil’ termasuklah benzaldehyde, cardinene, cinnamic aldehyde, eugenol dan ‘patchouli alcohol’.

Minyak nilam banyak digunakan dalam industri wangian dan cirinya yang boleh mengikat (fixative) minyak pati yang lain menjadikanya sangat penting dalam pembuatan minyak wangi.

Minyak nilam juga digunakan dalam membuat produk seperti sabun, bahan pencuci, syampudan ubat antiserangga.

Pada konsitrasi yang rendah, minyak nilam juga digunakan sebagai bahan perisa dalam produk minuman dan makanan.

Nilam, Nilam kategori,sumber Nilam, Nilam tanaman, Nilam mengumpulkan dan memproses, Nilam ciri-ciri,komposisi kimia Nilam,fungsi Nilam, Nilam foto, Nilam gambar, video Nilam, Nilam informasi

Best Formula Industries ( Company No : 002150621-D ) English * 中文 * Bahasa * More-Shop * Facebook * Youtube

Lot : 146, Jalan Batu Estate, Off Jalan Segambut, 51200 Kuala Lumpur, Malaysia. Location Map

Tel : +603-6257 6048( Operation : 10am-7pm Mon-Sat ) Contact Us

Mobile : +6012-359 0344 ( Free SMS : Whatsapp , Free Call : Tango )

Email or YM: bestform18@yahoo.com * Google: bestform699@gmail.com * Skype: bf1vincent

* BF1 International

* BF1 Business

* BF1 Asia

* BF1 US

* BF1 Malaysia

hair-growth

face-lifting

face-whitening

body-slimming

black-hair

super-growth

body-whitening

anti-acne

anti-wrinkle

body-bath

Own by Best Formula · Powered by BF1