Category Archives: Buah-buahan

Bibit / Buah / Kacang-kacangan

Aloe Vera Barbadensis Miller (Lidah Buaya)

Aloe Vera Barbadensis Miller (Lidah Buaya)

[media id=19 width=500 height=400]

Pokok Lidah Buaya (bahasa Inggeris: Aloe vera) ialah salah satu spesies tumbuhan dalam famili Asphodelaceae yang berasal dari Afrika Utara. Pokok ini tergolong dalam tumbuhan berbunga, pokok saka, dan tumbuhan herba, dan adalah dalam famili yang sama dengan bawang merah dan bawang putih

Pokok ini dikatakan boleh mengubati pelbagai penyakit, termasuk kencing manis, sakit jantung dan sembelit.

Ciri-ciri fizikal

Pokok Lidah Buaya tidak mempunyai atau hanya mempunyai batang pokok yang amat pendek, dan tumbuh sehingga 80-100 sentimeter tingginya. Daunnya yang berwarna hijau muda, berbentuk lembing dengan hujung yang tajam, dan dipenuhi dengan bintik-bintik bulat. Pangkalnya bersarung dan tepinya serat. Daun ini berisi lendir.

Penanaman dan kegunaan

Pokok Lidah Buaya mempunyai sejarah penanaman yang panjang di seluruh kawasan tropika dan subtropika yang lebih kering di dunia, baik sebagai pokok hiasan mahupun sebagai perubatan herba.

Bahan awet

Penyelidik-penyelidik di Universiti Miguel Hernandez di Alicante, Sepanyol, telah mengembangkan sejenis gel berasaskan Aloe vera yang memanjangkan pemuliharaan keluaran-keluaran segar, seperti buah-buahan dan kekacang segar.

Gel ini hambar, tidak berwarna dan tidak berbau. Produk semula jadi ini merupakan alternatif yang selamat dan tidak menjejaskan persekitaran, berbanding dengan bahan-bahan awet tiruan seperti sulfur dioksida.

Kajian menunjukkan bahawa anggur-anggur pada 1°C yang disapu dengan gel ini dapat dipeliharakan selama 35 hari, berbanding dengan hanya 7 hari untuk anggur-anggur yang tidak diolah.

Menurut penyelidik-penyelidik itu, gel ini bertindak melalui satu gabungan mekanik (Serrano et al., 2006) dan membentuk satu lapisan pelindung terhadap oksigen dan kelembapan udara dan, melalui berbagai-bagai sebatian antibiotik dan antikulat, menghalang tindakan mikroorganisma-mikroorganisma yang mengakibatkan penyakit-penyakit bawaan makanan.

Perubatan

Lidah Buaya biasa dipergunakan sebagai kegunaan luar untuk merawat berbagai-bagai keadaan kulit, seperti luka, luka terbakar, dan ekzema.

Sap daripada Lidah Buaya dikatakan dapat melegakan kesakitan dan mengurangkan keradangan. Bukti-bukti saintifik mengenai kesan-kesan sap Lidah Buaya terhadap penyembuhan luka kelihatan bercanggah (Vogler dan Ernst, 1999).

Satu kajian yang dijalankan pada dekad 1990-an menunjukkan bahawa penyembuhan luka terbakar yang sederhana hingga teruk telah dicepatkan sehingga enam hari apabila luka selalu disapu dengan gel Lidah Buaya, berbanding dengan luka yang hanya dibalut oleh pembalut kasa (Farrar, 2005).

Sebaliknya, lagi satu kajian menunjukkan bahawa luka-luka yang disapu dengan gel Lidah Buaya mengambil lebih banyak masa untuk sembuh (Schmidt dan Greenspoon, 1991).

Banyak syarikat kosmetik memasukkan sap dan bahan-bahan terbitan Lidah Buaya yang lain ke dalam produk-produk mereka seperti alat solek, pelembap kulit, sabun, pelindung cahaya matahari, syampu, dan losen.

Gel Lidah Buaya dikatakan berguna untuk keadaan-keadaan kulit yang kering, khususnya ekzema di sekeliling mata serta kulit muka yang peka.

Selain itu, gel Lidah Buaya telah digunakan untuk merawat jangkitan-jangkitan kulat, seperti kurap.

Sebuah makalah yang diterbitkan oleh Jurnal Amalan Umum British menunjukkan bahawa Lidah Buaya adalah amat baik untuk merawat pesakit-pesakit yang telah lama menghidap kurap air.

Bagaimanapun, pembubuhan topikal Lidah Buaya tidaklah berkesan terhadap pencegahan kecederaan berkait sinaran.

Adakah Lidah Buaya dapat menyembuhkan luka masih tidak jelas, dan walaupun terdapat sesetengah hasil yang menggalakkan, keberkesanan klinikal Lidah Buaya topikal atau melalui mulut, masih tidak jelas pada masa ini.

aloe vera gel, barbadensis lidah buaya, jus lidah buaya, lidah buaya gelly, selamanya lidah buaya, aloe vera tulen, minuman lidah buaya, daun lidah buaya, penyembuhan lidah buaya, jerawat lidah buaya, dengan menggunakan lidah buaya, tanaman lidah buaya, ekstrak lidah buaya, kulit lidah buaya, tanaman lidah buaya, shampoo lidah buaya, aloe vera produk, minyak lidah buaya, krim lidah buaya, lidah buaya alami, kosmetik lidah buaya, lidah buaya, manfaat lidah buaya, minum lidah buaya, 100 lidah buaya, gunakan lidah buaya, membeli gel lidah buaya, aloe vera gel 100, minuman lidah buaya, lidah buaya cair, lotion lidah buaya, kesihatan lidah buaya, lidah buaya wajah, buaya vera ubat, manfaat lidah buaya, manfaat lidah buaya, selamanya hidup lidah buaya, lidah buaya jus, lidah buaya menumpukan, sembelit lidah buaya, gel lidah buaya kulit, manfaat lidah buaya kesihatan, luka bakar lidah buaya, aloe vera gel minum, semua daun lidah buaya, manfaat lidah buaya, kesihatan manfaat dari lidah buaya, penggunaan lidah buaya, lidah buaya vitamin, jus murni lidah buaya, ubat lidah buaya, membeli lidah buaya, penyelidikan lidah buaya, aloe vera gel grosir, lidah buaya grosir, sejarah lidah buaya, vitamin lidah buaya, suplemen lidah buaya, produk lidah buaya, Georges lidah buaya, lily dari gel lidah buaya padang pasir, selamanya hidup aloe vera gel, suplemen lidah buaya, lidah buaya sabun, gel lidah buaya selamanya, FLP lidah buaya , sifat lidah buaya, lidah buaya herba, creme lidah buaya lidah, buaya organik, manfaat jus lidah buaya, jus lidah buaya manfaat, makan lidah buaya, diabetes lidah buaya, jus lidah buaya organik, aloe vera gel jerawat, jus lidah buaya, george’s aloe vera, manfaat gel lidah buaya, aloe vera gel jus, manfaat lidah buaya kulit, lidah buaya untuk luka bakar, manfaat dari gel lidah buaya, manfaat lidah buaya yang diambil secara dalaman, manfaat minum lidah buaya, manfaat lidah buaya pada kulit, dengan menggunakan untuk lidah buaya, lidah buaya dan jerawat

Terung Pipit

Terung Pipit

Terung pipit atau juga dikenali sebagai terung rembang, atau terung manggul adalah sejenis ulam yang terdapat di hutan Malaysia. Nama botani terung ini adalah Solanum tarvum.

Khasiat

Secara saintifik

Dalam tiap 100 g bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 89 g, protein 2 g, lemak 0.1 g, karbohidrat 8 g, serat 1.0 g, kalsium 50 mg, fosforus 30 mg, ferum 2 mg, vitamin A 750 I.U., vitamin B1 0.08 mg, vitamin C 80 mg.

Secara tradisi

Buahnya mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan. Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.

Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih.

Penggunaan

Pokok terung pipit mempunyai potensi bagi membersihkan kawasan tercemar kerana ia mampu menyerap logam berat dari tanah.  Bagaimanapun, pokok yang ditanam bagi tujuan ini tidak sesuai digunakan sebagai sumber makanan bagi mengelak keracunan kepada manusia yang memakannya.

Sesetengah jenis pokok terung pipit (dari Mexico) mengandungi alkaloid glycosilated yang boleh digunakan bagi menghasilkan hormon steroid (Lewis et al., 1970; Maití et al., 1979), menjadikan spesies ini penting dari segi ekonomi., Selain itu setengah jenis terung pipit yang putik boleh menyebabkan gejala neurologikal dan sakit perut (“gastrointestinal” berpunca dari solanaceous steroidal glycoalkaloids (SGAs).

Khasiat Terung Pipit

Merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika.Biasanya dimakan secara mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Dikenali sebagai Solanum torvum ,dalam nama sainsnya.

Daripada kajian, terung ini mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi fosforus, sedikit zat besi, banyak vitamin A dan C dan sedikit vitamin BI.Terung ini juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai soladin dengan kandungan sebanyak 0.84%.

Buah ini mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan.Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.

Terung Pipit , Terung Pipit kategori, sumber Terung Pipit, Terung Pipit tanaman, tanaman Terung Pipit morfologi, Terung Pipit Cina mengumpulkan dan memproses, Terung Pipit cina ciri-ciri, komposisi kimia Terung Pipit cina, Terung Pipit selera seksual, fungsi Terung Pipit cina, Indikasi Terung Pipit, Terung Pipit rincian, Terung Pipit informasi, Terung Pipit foto, cina Terung Pipit gambar, video Terung Pipit Cina, Terung Pipit studio,  Cina Terung Pipit, Terung Pipit buah, buah-buahan, rumput dan buah-buahan, tanam-tanaman

ROSEL – Hibiscus sabdariffa L

ROSEL – Hibiscus sabdariffa L

Nama Botani : Hibiscus sabdariffa L

Nama Lain : Asam paya, asam susur, asam kundang, roselle (Inggeris), sorrel

Famili : Malvaceae

Pengenalan : Rosel banyak terdapat di kawasan yang beriklim tropika dan subtropika seperti di Afrika, India dan Asia termasuk Malaysia. Kini terdapat lebih dari 300 spesies tanaman rosel di seluruh dunia. Pokok ini boleh mencapai ketinggian lebih kurang 2 m dengan dahannya yang tumbuh menegak di peringkat awal dan melentur rebah apabila banyak buah. Batang, dahan serta tangkainya berwarna merah. Daunnya pula berwarna hijau dan berbentuk tapak tangan dengan tiga cuping yang meruncing ke hujung. Bunga rosel keluar di setiap sendi daun, berwarna kuning muda dan merah jambu manakala lengainya berwarna merah gelap dan berbentuk bujur.

Khasiat dan Kegunaan : Kaliks atau kelopak buah rosel yang berwarna merah kaya dengan vitamin A dan C serta zat mineral. Dengan menjadikannya sebagai teh ubatan, herba ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi di samping memberi kesan awet muda. Kaliksnya boleh diproses menjadi jem, halwa, jeli, jeruk dan juga pewarna makanan. Pemprosesan biji rosel boleh dijadikan bahan kosmetik sementara kulitnya pula boleh dibuat tali.

ROSEL Cina, ROSEL kategori, sumber ROSEL, ROSEL tanaman, tanaman ROSEL morfologi, ROSEL Cina mengumpulkan dan memproses, ROSEL cina ciri-ciri, komposisi kimia ROSEL cina, ROSEL selera seksual, fungsi ROSEL cina, Indikasi ROSEL, ROSEL rincian, ROSEL informasi, ROSEL foto, cina ROSEL gambar, video ROSEL Cina, ROSEL studio,  Cina ROSEL, ROSEL buah, buah-buahan, rumput dan buah-buahan, tanam-tanaman