Nilam – Pogostemon Cablin

Nilam – Pogostemon Cablin

Nama Botani

Pogostemon cablin (Blanco)Benth

Nama lain

Patchouli (Inggeris)

Famili

Lamiaceae

Pengenalan

Tanaman nilam (Pogostemon cablin) dipercayai berasal dari Filipina dan banyak terdapat di hutan-hutan kepulauan Filipina.

Ia dibawa masuk dan ditanam di Semenanjung Malaysia pada awal tahun 1800.

Walau bagaimanapun pada awal 1900 dengan kemasukan tanaman getah yang lebih menguntungkan, tanaman nilam tidak lagi diminati oleh pekebun kecil di Malaysia.

Sekarang nilam diusahakan secara komersial di Indonesia (Acheh), China dan Brazil. Nilam merupakan tanaman herba renik, mempunyai banyak cabang dan tumbuh sehingga 1.0 m tinggi.

Daunnya berbentuk ovate, 8−10 cm panjang dan 5−8 cm lebar, tebal dan bergerigi. Ia berwarna hijau tua keungun-unguan dan mengeluarkan aroma yang unik bila diramas.

Batang dan cabangnya berwarna ungu, berbentuk empat segi dan diselaputi bulu yang halus. Nilam didapati tidak berbunga di Malaysia.

Khasiat dan Kegunaan

Dari segi perubatan tradisional, air rebusan daun nilam dilaporkan digunakan untuk mengubati sakit tekak, asma, batuk dan demam.

Daun nilam yang beraroma boleh menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai `patchouli oil’ di pasaran antarabangsa.

Antara bahan kimia yang terdapat dalam ‘patchouli oil’ termasuklah benzaldehyde, cardinene, cinnamic aldehyde, eugenol dan ‘patchouli alcohol’.

Minyak nilam banyak digunakan dalam industri wangian dan cirinya yang boleh mengikat (fixative) minyak pati yang lain menjadikanya sangat penting dalam pembuatan minyak wangi.

Minyak nilam juga digunakan dalam membuat produk seperti sabun, bahan pencuci, syampudan ubat antiserangga.

Pada konsitrasi yang rendah, minyak nilam juga digunakan sebagai bahan perisa dalam produk minuman dan makanan.

Nilam, Nilam kategori,sumber Nilam, Nilam tanaman, Nilam mengumpulkan dan memproses, Nilam ciri-ciri,komposisi kimia Nilam,fungsi Nilam, Nilam foto, Nilam gambar, video Nilam, Nilam informasi

Stillingia Root Bark

Stillingia Root Bark

Nama Botani:

Stillingia sylvatica

Keluarga:

Euphorbiaceae (spurge)

Nama lain:

Queen’s Delight, Marcory, Pavil, Queen’s Root, Yaw Root, Silverleaf, Cockup Hat

Stillingia Root adalah menyebabkan perubahan yang sangat baik, bertindak terutamanya pada sistem limfatik. Sebagai zat, juga boleh digunakan dalam beberapa keadaan, terutama untuk buasir.

Daerah lain aplikasi untuk ramuan ini adalah bronkitis dan radang tenggorokan, khususnya di mana disertai dengan kehilangan suara.

Disclaimer:

Maklumat yang disajikan di sini oleh Penyelesaian Herbal yang layak bertujuan untuk tujuan pendidikan sahaja.

Laporan belum dievaluasi oleh FDA dan tidak bertujuan untuk mendiagnosis, menyembuhkan, merawat atau mencegah penyakit.

Individu keputusan boleh berubah-ubah, dan sebelum menggunakan suplemen, selalu dianjurkan untuk berunding dengan pembekal perkhidmatan kesihatan anda sendiri.

Tindakan:
Menyebabkan perubahan, depurative, ekspektoran, yg mengeluarkan keringat, sialagogue, zat, antispasmodic.

Sejarah dan Penggunaan:

Stillingia Root adalah tanaman tahunan yang berasal dari Amerika Utara (khususnya Amerika Syarikat bahagian selatan), dan menjadi “menyebabkan pergantian” (dalam perubatan – secara berperingkat memulihkan kesihatan) pilihan pada abad terkini.

Secara historis, Stillingia pernah berfikir untuk menjadi ubat yang dapat diandalkan untuk sifilis (yang tidak), rebusan yang telah digunakan untuk merawat sakit terus dan ulserasi selepas rawatan lincah.

Eclectic doktor Amerika pada abad kesembilan belas menggunakannya sebagai rawatan untuk TBC dan kanser, serta keadaan lain yang menyebabkan perubahan yang boleh disyorkan.

Stillingia Root dikatakan bermanfaat di negara-negara penyakit yang mempengaruhi kulit, iaitu, psoriasis dan eksim.

Stillingia Root, Stillingia Root kategori, sumber Stillingia Root,Stillingia Root tanaman, Stillingia Root mengumpulkan dan memproses, Stillingia Root ciri-ciri, komposisi kimia Stillingia Root, fungsi Stillingia Root, Stillingia Root informasi, Stillingia Root foto, Stillingia Root gambar, video Stillingia Root, Stillingia Root akar, Stillingia Root buah, buah-buahan, rumput dan buah-buahan, tanam-tanaman

PANDAN – Pandanus odorus

PANDAN – Pandanus odorus

Nama Botani : Pandanus odorus

Nama lain : Fragrant screwpine (Inggeris)

Famili : Pandanaceae

Pengenalan : Pandan wangi yang juga dikenali  sebagai pandan bau atau pandan rampai adalah dari jenis tanaman bersifat saka.  Tumbuhan dari keluarga Pandanaceae ini adalah  sekeluarga dengan pokok mengkuang. Pokok pandan wangi adalah tanaman yang mudah tumbuh dan dipelihara. Tanaman yang dipercayai berasal dari Bangka, Indonesia ini telah tersebar luas di kawasan tropika Asia Tenggara. Walaupun sudah berabad-abad lamanya tanaman ini berada di negara kita, kebanyakan tanamannya masih terdapat di kebun dapur. Kawasan tanaman secara komersial pula amat terhad.Pandan wangi tumbuh berumpun dan mempunyai daun yang panjang dan meruncing di hujung seperti pedang.  Tanaman ini tidak pernah dilaporkan berbunga. Terdapat dua jenis pandan wangi iaitu Pandan wangi besar dan Pandan wangi kecil. Kebanyakan tanaman pandan wangi di negara ini adalah dari jenis Pandan wangi kecil. Ketinggian pertumbuhannya lebih kurang 0.75–1.50 m. Ukuran panjang daun antara 55–75 cm dan lebar di bahagian tengah antara 4–5 cm. Manakala ketinggian Pandan wangi besar pula adalah 3.7–4.3 m, panjang daun lebih kurang 2.3 m dan lebar 9.0 cm.

Khasiat dan Kegunaan : Pandan wangi mempunyai berbagai-bagai kegunaan dalam penyediaan makanan tradisional terutama di kalangan masyarakat Melayu di negara ini. Ia di gunakan sebagai pewarna, pewangi serta perangsang selera. Kini ekstraknya telah digunakan oleh beberapa syarikat pengeluar roti, kek, biskut dan kuih-muih sebagai pewarna dan perisa asli pandan. Di samping itu, terdapat juga produk seperti minuman kacang soya dan santan kelapa yang berperisa pandan di pasaran. Pandan wangi juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan. Bagi kegunaan perubatan pula antaranya adalah untuk merawat penyakit demam campak dan juga dikatakan berkesan bagi mengubati penyakit gonorea, sifillis, denggi dan anaemia.

PANDAN Cina, PANDAN kategori, sumber PANDAN, PANDAN tanaman, tanaman PANDAN morfologi, PANDAN Cina mengumpulkan dan memproses, PANDAN cina ciri-ciri, komposisi kimia PANDAN cina, PANDAN selera seksual, fungsi PANDAN cina, Indikasi PANDAN, PANDAN rincian, PANDAN informasi, PANDAN foto, cina PANDAN gambar, video PANDAN Cina, PANDAN studio,  Cina PANDAN, PANDAN buah, buah-buahan, rumput dan buah-buahan, tanam-tanaman